9/10 Rezeki Dalam Perniagaan

Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan. Namun, apakah cara paling cepat untuk mencapai kekayaan?

Jawapannya amat mudah- perniagaan! Jikalau kita menyemak orang-orang kaya di dunia, hampir semua menjadi kaya melalui perniagaan. Apa yang dikatakan 9 daripada 10 rezeki datangnya daripada perniagaan adalah amat tepat. Seseorang yang bijak dalam pelaburan saham apabila melabur RM5,000 mungkin akan mendapat pulangan 20-30% dari jumlah pelaburan. Namun, seseorang yang bijak dalam perniagaan apabila melaburkan RM5,000 dalam perniagaan sendiri akan mendapat pulangan berpuluh-puluh atau beratus kali ganda dari pelaburan tersebut.

Oleh itu, cara paling cepat untuk mencapai kekayaan adalah melalui perniagaan. Amat sukar bagi mereka yang kerja makan gaji mencapai kekayaan dengan cepat. Walaubagaimana pun, usah risau jikalau anda bekerja makan gaji. Pesan seorang kawan saya, jutawan Cina berbunyi: “Apa yang kita buat dari pukul 9.00-5.00 di pejabat adalah untuk menampung hidup kita… untuk menjadi kaya, ianya adalah apa yang kita buat selepas pukul 5.00 petang”

Terdapat berbagai-bagai cara memulakan perniagaan secara part-time dari membuka gerai dan berniaga kecil-kecilan, melakukan perniagaan di internet, memberi tuisyen kepada pelajar, membuat jualan langsung dan sebagainya. Peluang perniagaan ada di merata-rata tempat. Anda cuma perlu peka dengan permintaan sesuatu produk ataupun perkhidmatan di sekeliling anda.

Walaubagaimanapun, untuk mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan, anda perlu menimba ilmu secukupnya. Anda tidak perlu mencipta cara berniaga baru- apa yang anda perlu lakukan adalah mengikuti jejak langkah mereka yang telah berjaya dalam sesuatu perniagaan tersebut. Dengan mengikuti jejak langkah mereka yang sudah berjaya, anda tidak akan tersasar dari jalan menuju kekayaan!

Salam cemerlang, sehingga berjumpa lagi.


From : http://www.steprofit.com/blog/index.php/category/bisnes

8 Langkah Menjadi Jutawan…

Langkah 1: Mulanya di fikiran

Kekayaan bermula di fikiran. Jikalau anda berfikiran negatif mengenai kekayaan, maka, ia akan menjadi penghalang mental anda. Lepasi penghalang mental tersebut dengan berfikiran positif tentang kekayaan. “Duit banyak bukannya boleh bawak ke kubur” merupakan salah satu fikiran negatif yang sering diluahkan. Apa kata anda tukar mindset tersebut kepada, “Duit banyak, nanti lebih banyak amal jariah boleh lakukan, walaupun kita sudah ke kubur!”

Sekiranya anda inginkan kekayaan, langkah pertama anda adalah untuk membuang segala fikiran negatif tentang kekayaan. Tembusi benteng pertama yang menjadi penghalang kepada kekayaan- iaitu fikiran anda sendiri. Fikirkan boleh!

Langkah 2: Tetapkan matlamat

Dengan keinginan, anda perlu menetapkan matlamat. Keinginan tanpa matlamat merupakan perbuatan yang sia-sia oleh kerana kita tidak tahu arah hala tuju kita. Bayangkan anda menaiki teksi, tetapi tidak mempunyai matlamat destinasi. Silap hari bulan, anda di tendang keluar dari teksi. Dengan mempunyai matlamat, dalam konteks ini, destinasi, maka anda akan dapat menetapkan satu jalan untuk mencapai matlamat anda.

Matlamat bagaikan suatu peta untuk anda sampai ke suatu destinasi. Tanpa peta yang lengkap, anda pasti akan tersasar dari destinasi anda. Tetapkan matlamat yang tinggi untuk diri anda, namun, matlamat tersebut perlu logik diterima fikiran. Sebagai contoh, memperolehi RM1 juta dalam masa 2 tahun bunyinya tidak logik- amat jarang sekali diperolehi oleh seseorang (namun tidak mustahil). Namun, memperolehi RM1juta dalam masa 10 tahun adalah suatu yang logik diterima fikiran dan sering dilakukan oleh jutawan-jutawan di Malaysia. Bagaimanakah caranya? Ikuti langkah-lankah seterusnya…

Langkah 3: Hendak sejuta daya…

Matlamat tanpa usaha adalah sia-sia. Matlamat tanpa usaha adalah umpama “Angan- angan Mat Jenin”. Kekayaan dan kejayaan tidak akan jatuh ke riba kita begitu sahaja. Hendak peroleh wang berjuta? Maka, anda perlu letakkan sejuta usaha untuk merialisasikan impian anda. Tiada jalan pintas dalam mencapai kekayaan- usaha adalah tangga kejayaan.

Dalam memotivasikan diri anda untuk berusaha mencapai matlamat anda, anda perlu memberi komitmen setiap hari dalam mencapai impian anda. Setiap hari, lakukan sesuatu untuk dekatkan anda kepada matlamat anda. Jangan tinggalkan sehari tanpa melakukan sesuatu walaupun usaha tersebut adalah sedikit sahaja. Perkataan kaizen yang berasal dari Jepun bermaksud improvement sedikit demi sedikit. Dengan sikap kaizen inilah Jepun berjaya menjadi negara maju yang disegani seluruh dunia.

Langkah 4: Pengetahuan & ilmu

Pengetahuan merupakan faktor penting dalam membina kekayaan. Tiada jalan pintas dalam memperolehi kekayaan. Dengan pengetahuan yang lengkap dalam sesuatu industri, ini akan memudahkan anda mencapai kekayaan dan kejayaan.

Cara mudah untuk mendalami ilmu industri yang anda kecimpung adalah dengan cara membaca. Tanam sifat rajin membaca. Terdapat berbagai-bagai bahan bacaan di pasaran merangkumi topik-topik tertentu. Dengan mendalami pengetahuan dalam industri anda, anda akan menjadi pakar dalam bidang anda sendiri.

Satu perkara penting dalam mencari ilmu adalah anda tidak perlu reinvent the wheel. Kejayaan telah dicapai dalam semua industri. Apa yang anda perlu lakukan adalah pelajari dari mereka yang telah berjaya. Dengan mengikuti jejak langkah mereka yang telah berjaya, anda pasti tidak akan tersasar dari mencapai kejayaan juga.

Langkah 5: Mulakan perniagaan

9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. Mereka dari golongan terkaya di Malaysia dan dunia merupakan ahli perniagaan. Amat sukar dan mengambil masa yang lama untuk menjadi kaya sekiranya anda seorang pekerja- namun ianya masih tidak mustahil.

Cuba berjinak-jinak dengan perniagaan. Anda terikat dengan pekerjaan 9-5? Tidak mengapa, anda masih mempunyai masa 5-9! Jikalau anda tidak dapat memulakan perniagaan secara full time, mulakan perniagaan secara part time.

Terdapat berbagai-bagai peluang perniagaan di Malaysia. Namun perlu berhati-hati anda tidak terjerumus dengan perniagaan yang melibatkan penyelewengan serta skim-skim cepat kaya dan piramid.

Anda boleh memulakan pengalaman perniagaan anda dengan membuka gerai, franchais, menyertai perniagaan network, memulakan perniagaan dari rumah ataupun melalui perniagaan Internet- seperti saya! Jangan lupa langkah 3 iaitu pelajari ilmu perniagaan berkaitan dengan bidang anda.

Langkah 6: Perihal kewangan

Dalami perihal kewangan. Untuk berjaya dari segi kewangan, anda perlu dilengkapi dengan ilmu mengenai wang. Ketahui bahawa kekayaan bukan bererti berapa banyak wang anda perolehi sebulan- tetapi, berapa banyak wang anda dapat simpan sebulan. Seseorang yang berpendapatan RM10,000 tetapi berbelanja RM9,000 sebulan sudah tentu tidak sekaya seseorang yang bergaji RM3,000 tetapi berbelanja RM1,500 sebulan. Kekayaan bukanlah berapa banyak anda perolehi, tetapi berapa banyak anda boleh menyimpan.

Langkah 7: Lakukan apa yang anda suka

Anda boleh mencapai kekayaan tidak kira dalam apa bidang jua. Satu kesilapan besar yang sering terjadi adalah apabila kita memikirkan bahawa bidang yang kita dalami tidak boleh menjadikan kita kaya. Sering kita fikirkan, industri yang lain boleh memberi pulangan yang lebih tinggi. Dalam buku motivasi klasik Acres of Diomand, penulis mengatakan bahawa senario “the grass is greener on the other side” sering terjadi pada setiap insan. Ini bererti, anda akan sering merasakan industri lain lebih membawa keuntungan dari industri anda. Bidang yang lain lebih memberi kekayaan.

Pada hakikatnya, kekayaan dan kejayaan boleh dicapai tidak kira apa bidang pun. Lakukan sedikit tinjauan- anda pasti akan bertemu kisah mereka yang berjaya dan mencapai kekayaan dalam bidang anda juga!

Langkah 8: Mereka yang berjaya adalah mereka yang sering gagal

Sejarah sering menceritakan kejayaan seseorang sering kalinya dikait dengan kegagalan di masa yang lampau. Ini adalah sememangnya benar oleh kerana mereka yang berjaya pasti mempunyai cerita kegagalan yang boleh dikongsikan.

Perbezaan mereka yang berjaya dan mereka yang tidak, adalah, mereka yang berjaya akan mengambil kegagalan sebagai iktibar. Tidak kira berapa kali kegagalan mengundang, mereka tidak akan berputus asa. Pencipta lampu mentol, Thomas Edison hanya mencapai kejayaan selepas seribu kali mencuba. Apabila ditanya, bagaimana beliau masih boleh berusaha walaupun gagal begitu banyak kali, jawapannya adalah, dia tidak menganggap dirinya gagal. Dia menganggap beliau menjumpai 999 cara yang salah dalam mencipta lampu mentol!


From : http://www.steprofit.com/blog/index.php/category/bisnes

3 cara membina pendapatan berterusan

Di dalam ebook Rahsia Perniagaan Digital saya, saya ada menyatakan 3 jenis pendapatan yang anda perolehi di dalam hidup anda dan yang terbaik ialah pendapatan berterusan - iaitu pendapatan pasif di mana walaupun anda berhenti bekerja, anda masih lagi terus mendapat pulangannya yang lumayan.

Bagi sesetengah orang, pendapatan sebegini mungkin cuma jadi angan-angan Mat Jenin sahaja kerana mereka mungkin tidak mengetahui (atau percaya) bahawa ianya benar-benar wujud. Tetapi bagi mereka yang mengetahuinya, mereka akan cuba sedaya upaya mencipta pendapatan berterusan ini kerana mereka tahu yang habuan daripada usaha mereka amat berbaloi.

Walaupun terdapat pelbagai cara mencipta pendapatan berterusan sebegini secara offline, saya cuma akan membincangkan 3 cara anda boleh mencipta pendapatan berterusan sebegini menggunakan Internet.

1. Membina Laman Web Keahlian (Membership Site) Anda Sendiri

Anda boleh membina satu laman web yang menawarkan produk atau perkhidmatan yang membolehkan anda mengenakan bayaran kepada pelanggan anda setiap bulan atau tahun.

Perkhidmatan sebegini belum lagi popular di kalangan usahawan Malaysia yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium untuk menjalankan bisnes sebegini. Mungkin permintaannya belum lagi besar untuk merealisasikannya atau mungkin belum ada lagi usahawan yang berani mencubanya.

Perkhidmatan atau produk yang boleh ditawarkan ialah seperti langganan webhosting, langganan autoresponder, kelab ebook bulanan ataupun perkhidmatan bimbingan (atau coaching).

Bagaimana anda boleh menjana pendapatan yang lumayan daripada laman web keahlian ini?

Katakan anda mengenakan caj bulanan RM50 bagi yuran keahlian. Sekiranya anda berjaya menjual 100 keahlian, ini bermakna anda sudah pun memperolehi RM5000 untuk pendapatan bulanan anda. Perlukan pendapatan yang lebih besar? Dapatkan lebih ramai ahli ke dalam laman web keahlian anda.

Untuk membina laman web keahlian, anda mungkin memerlukan sebuah skrip yang mudah untuk digunakan. Beberapa tahun dahulu, skrip untuk membina laman web keahlian adalah mahal tetapi sekarang ianya boleh didapati dengan murah. Di antaranya ialah skrip keahlian terbaru dari Ian Del Carmen (MemberFire).

2. Mempromosikan Laman Web Keahlian Orang Lain Sebagai Affiliate

Membina laman web keahlian memerlukan usaha yang berterusan daripada anda kerana anda perlu memberikan perkhidmatan berterusan setiap bulan/tahun. Anda boleh mengupah orang lain untuk mengendalikannya untuk anda ataupun anda boleh menggunakan kaedah kedua ini untuk mencipta pendapatan berterusan daripada Internet - mempromosikan laman keahlian orang lain sebagai affiliate.

Kebanyakan laman web keahlian menyediakan program affiliate mereka tersendiri di mana jika anda memasarkan laman web keahlian ini, anda akan diberikan komisyen setiap bulan bagi stiap ahli yang berjaya anda daftarkan.

Sebagai contoh, laman web keahlian Internet Millionaires daripada Gobala Krishnan memberikan komisyen sebanyak 40% bagi caj bulanan keahlian untuk laman web beliau. Bagi setiap ahli berbayar, anda akan memperolehi $5.16 daripada yuran bulanan $12.90 bagi setiap ahli. Jika anda berjaya mendapat 100 ahli berbayar, ini bermakna anda sudahpun memperolehi $516 (Dollar Amerika) setiap bulan.

Dengan cara ini, anda tidak perlu mengendalikan laman web keahlian tersebut dan anda tidak perlu melayan pelbagai kerenah pelanggan. Tetapi anda cuma akan dibayar berdasarkan peratusan komisyen yang ditetapkan dan anda perlu bersaing dengan affiliate lain yang mempromosikan program atau laman web keahlian yang sama.

3. Mempromosikan Laman Web MLM Internet

Kebanyakan daripada usahawan internet masih lagi melihat MLM Internet sebagai sebuah perniagaan multi-level konvensional. Sebenarnya tanggapan sebegini adalah salah.

Saya melihat MLM Internet sebagai salah satu lagi laman web keahlian yang mempu menjana pendapatan berterusan seperti yang dibincangkan di atas. Bahkan, sekiranya dilakukan dengan betul, anda mungkin akan mendapat lebih banyak keuntungan dengan memasarkan program MLM Internet daripada memasarkan laman web keahlian biasa.

Biar saya terangkan di sini.

Saya memberikan perkhidmatan webhosting sebagai satu sumber untuk membina laman web keahlian. Dan, memang ada banyak perkhidmatan webhosting yang menyediakan program affiliate yang mana anda boleh sertai dan jana pendapatan berterusan melaluinya. Ada yang memberikan komisyen setiap bulan dan ada yang membuat bayaran setahun sekali. Sebagai contoh, E-Commerce Mastery memberikan komisyen RM10 bagi setiap pakej Efficient100. Selagi pelanggan yang membeli pakej ini melalui link affiliate saya menggunakan perkhidmatan daripada E-Commerce Mastery, saya akan terus mendapat komisyen.

Pada masa yang sama juga, satu lagi syarikat menyediakan perkhidmatan webhosting dan mereka menggunakan pendekatan yang berlainan untuk mempromosikan perkhidmatan mereka. Kiosk Webhosting akan membayar 25% bagi setiap pelanggan berbayar yang anda perkenalkan kepada mereka dan anda akan mendapat komisyen setiap bulan daripada pelanggan berbayar ini.

Bukan itu sahaja, Kiosk Webhosting juga membayar 5% bagi setiap pelanggan baru yang diperkenalkan oleh pelanggan yang diperkenalkan oleh anda sebelum ini. Komisyen 5% ini dibayar sehingga 9 tingkat ke bawah lagi. Jadi, anda akan mendapat komisyen dan pendapatan berterusan daripada usaha anda dan juga ahli kumpulan yang anda bina.

Dari sini juga anda boleh lihat bahawa dengan produk atau perkhidmatan yang sama, pelbagai cara untuk membina pendapatan berterusan di Internet boleh dicipta. Terpulang kepada anda untuk memilih yang mana satu anda suka.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.ZamriNanyan.com, http://www.SuccessUniversity.com.my dan http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

Proses Pemasaran Produk Di Internet

Posted by Zamri Nanyan

Saya ternampak satu soalan di WangCyber yang bertanyakan bagaimana aliran (flow) proses pemasaran produk di Internet. Untuk menjawabnya dengan cara menulis, mungkin agak sukar. Jadi, saya buatkan satu video dan letakkannya di You Tube.

Sekarang anda boleh melihatnya di laman web ini di bawah.

MLM ala Jualan Langsung di Internet

Pertama sekali, saya ingin tekankan bahawa terdapat beberapa perbezaan di antara MLM dan Jualan Langsung.

Saya tidak akan terangkan dengan lebih lanjut mengenai perbezaan di antara 2 model bisnes ini kerana anda boleh membacanya di dalam ebook percuma "Wang Dari Peti Surat", terjemahan daripada "Mailbox Money" di http://www.richardbrooke.com/pdfs/mailboxmoney-malay.pdf

Apa yang ingin saya utarakan di sini ialah bagaimana anda boleh menggunakan pendekatan model "Jualan Langsung" di Internet untuk membina perniagaan MLM anda.

Strategi ini ada disentuh di dalam buku "The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success" tetapi anda juga boleh membacanya di http://networkmarketing.sitesell.com/onlinetools.html untuk memahaminya dengan lebih lanjut.

Secara ringkasnya, anda akan membina sebuah laman web yang akan menjual produk MLM anda kepada pelanggan secara langsung dan maklumat mengenai peluang perniagaan tidak akan disebut (atau menjadi paling tidak penting) untuk tujuan ini.

Tujuannya ialah, tidak lain dan tidak bukan, untuk mendapatkan pelanggan yang berpuas hati dengan barangan yang anda tawarkan. Daripada pelanggan inilah anda akan mendapat jualan berulang (repeat sales) atau saranan produk anda kepada lebih ramai orang (free word-of-mouth advertising).

Jika lebih ramai orang mensarankan produk anda, maka lebih besar potensi untuk anda membuat jualan.

Dan lagi, laman web sebegini mestilah dibina dengan cara yang baik supaya ianya dapat dicari dengan mudah apabila bakal pembeli anda mencari sesuatu produk yang mereka kehendaki di Internet.

Sebagai contoh, jika anda menjual produk "set bersalin", bina sebuah laman web mengenai produk tersebut dan jualnya secara langsung di Internet. Pastikan yang laman web tersebut disenarikan di muka utama enjin carian seperti Google.com atau Yahoo.com. Bagi sesetengah daripada anda, membina laman web yang dioptimakan untuk enjin carian mungkin menjadi sedikit teknikal. Jadi, upah seseorang yang boleh menolong anda di bahagian ini (klu: http://networkmarketing.sitesell.com/onlinetools.html sesuai untuk tujuan ini).

Tentang bagaimana anda boleh menerima bayaran, terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan.

1. Arahan kepada pembeli anda untuk memasukkan wang ke dalam akaun bank anda (direct deposit).

2. Menerima pembayaran melalui kad kredit dengan menggunakan perkhidmatan daripada 2CheckOut.com atau PayPal.com

Kemudian, anda boleh hantarkan barangan anda kepada pembeli dengan menggunakan perkhidmatan pos (untuk barang fizikal) atau menggunakan automasi untuk menghantar produk digital.

Jika laman web anda dibina dengan cara yang betul dan barangan anda merupakan barangan yang ramai orang cari di Internet, pencarian prospek untuk membeli barangan anda tidak akan menjadi masalah lagi. Malah enjin carian seperti Google.com dan Yahoo.com akan membantu anda mendapatkan pelanggan dengan secara otomatik.

ikhlas,

Zamri Nanyan
www.RahsiaMLM.com

Menggunakan Blog Untuk Memasarkan Peluang Perniagaan M L M

oleh Zamri Nanyan

Salah satu alatan yang anda boleh gunakan untuk membina jaringan usahawan MLM anda adalah dengan menggunakan blog.

Jika anda belum mengetahuinya, blog adalah singkatan kepada web log - yang bermaksud sebuah jurnal, log, diari ataupun sebarang catatan yang ditulis di laman web secara konsisten. Ianya berbeza daripada laman web biasa kerana blog selalu dikemaskini dan pembaca mempunyai pilihan untuk berinteraksi dengan penulis.

Sebagai contoh, laman web www.ZamriNanyan.com/success dan www.RahsiaMLM.com/rahsia merupakan 2 laman blog yang membincangkan topik berkaitan perniagaan Internet dan M L M. Jika anda lihat di kedua-dua laman blog yang saya sebutkan, anda akan dapati
yang kandungan blog tersebut akan ditambah dari masa ke semasa.

Jadi, bagaimanakan anda boleh menggunakan blog untuk memperkembangkan perniagaan M L M anda?

Baiklah, biar saya berikan 3 keistimewaan blog sebagai alatan pemasaran M L M anda.

1. "Self-Branding"

Kepada yang telah lama berkecimpung di dalam perniagaan M L M pasti tahu yang salah satu sebab mengapa prospek anda menyertai perniagaan anda adalah disebabkan "anda
sendiri". Jika prospek anda mengenali anda terlebih dahulu dan berasa selesa dengan penyampaian anda, besar kemungkinan mereka akan menyertai anda.

Sebaliknya, bayangkan jika anda menerima e-mel yang tidak diundang (spam) dan mengajak anda menyertai syarikat XYZ dan rakan kenalan Internet anda juga mempromosikan syarikat XYZ. Anda berminat dengan produk yang ditawarkan dan rakan Internet anda banyak menerangkan kebaikan produk tersebut di laman blog beliau dan mengajak anda menyertai beliau juga.

Daripada siapakah anda akan membeli produk yang disebutkan?

Orang yang anda tidak kenali - yang menghantar spam kepada anda?

atau

Rakan kenalan Internet anda yang blognya selalu anda kunjungi dan baca?

Saya rasa jawapannya adalah jelas. Dari mata prospek anda juga, mereka anda mendapati anda sebagai orang yang boleh dipercayai dan juga mungkin pakar di dalam bidang yang anda ceburi (disebabkan informasi yang anda berikan di blog anda).

Jika anda mempunyai semakin ramai pembaca blog anda, mereka akan mula mengaitkan nama anda dengan blog tulisan anda. Dari sinilah mulanya "name branding" ke atas nama
anda. Mereka akan berkata, "Oh ya! Ahmad yang menulis blog di www.BlogAhmad.com, kan? (contoh)".

2. Alatan Mencari Prospek dan Menaja

Blog yang baik dan dipasarkan dengan berkesan akan menjadi popular di kalangan pembacanya dan jika anda memberikan maklumat yang berguna kepada pembaca, mereka
akan mempromosikan blog anda dengan percuma.

Bagaimana ianya boleh terjadi?

Katakan yang anda menulis sebuah artikel di laman blog anda mengenai "7 cara untuk bersara dalam masa 7 tahun, dan anda tidak perlu rompak bank tempatan untuk melakukannya". Nampaknya artikel ini sangat menarik untuk disampaikan kepada orang lain, jadi pembaca anda akan memberitahu rakan mereka mengenai blog anda - kerana di sini sajalah mereka boleh membaca artikel yang anda tulis.

Sekarang, bayangkan 100 orang pembaca melakukan perkara yang sama - anda mungkin akan memperolehi 100 lagi pembaca blog yang baru.

Dan jangan lupa - blog anda adalah bertujuan untuk mencari prospek dan menaja.

Oleh itu, cuba promosikan peluang perniagaan M L M anda di blog anda. Jika program MLM anda membenarkan anda "signup (atau mendaftar) ahli baru secara online, letakkan alamat web yang pembaca anda perlu lawati untuk menyertai program M L M anda.

Cuma satu sahaja tip lagi yang perlu anda ingati - tulislah artikel atau penulisan yang berkaitan dengan peluang perniagaan, produk, motivasi atau berita mengenai perniagaan anda supaya para pembaca blog anda memang sudah jangkakan yang anda cuba membuka peluang untuk mereka mengetahui lebih lanjut mengenai anda dan perniagaan anda.

3. Alatan Untuk Menjual

Walaupun blog merupakan sesuatu yang mungkin bersifat secara peribadi kepada sesetengah orang, namun anda boleh menggunakannya sebagai alatan untuk menjual. Tidak ada salahnya membina sebuah blog peribadi yang mampu menambah pendapatan secara sampingan.

Di sini, saya bukan sahaja bercakap tentang hanya menjual barangan atau produk M L M anda, tetapi anda boleh juga menambah pendapatan sampingan dengan beriklan ataupun mempromosikan produk yang berkaitan dengan produk MLM anda.

Sebagai contoh, jika blog anda berkisar kepada perniagaan M L M dan anda banyak membincangkan perkara berkaitan produk anda, tidak salah jika anda meletakkan affiliate link ke laman web www.RahsiaMLM.com.

Sudah pasti ada di antara pembaca blog anda adalah daripada syarikat M L M yang lain, dan jika mereka kurang berminat dengan produk M L M dari syarikat anda, mungkin mereka merasakan yang ebook Rahsia M L M dapat membantu mereka. Jika mereka membeli
ebook Rahsia M L M melalui affiliate link yang anda berikan, anda akan dibayar komisyen.

Dari sinilah anda boleh menjana pendapatan sama ada prospek anda menyertai M L M anda ataupun tidak.

Kesimpulannya, blog boleh menjadi satu senjata pemasaran anda yang berkesan. Apa yang saya bincangkan di sini mungkin berkaitan dengan M L M secara langsung tetapi ianya boleh juga diaplikasikan ke dalam perniagaan yang lain.

Bagi yang belum tahu bagaimana untuk membina blog secara percuma, anda bolehlah lawati www.blogger.com dan daftar di laman web tersebut. Untuk pembaca yang berminat untuk membina blog secara lebih profesional, anda bolehlah membina blog anda di server webhosting anda dan cara untuk membinanya ada diterangkan di dalam video ringkas di laman web www.videopercuma.com/r/zamri/kiosk6.html

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mensyorkan buku "The Ultimate Blueprint of Internet MLM Success" di http://www.OnlineMLMBlueprint.com untuk mempelajari cara-cara membina MLM Internet. Lawati laman web beliau http://www.OnlineProfitsMadeSimple.com dan http://www.RahsiaMLM.com untuk mendekati beliau dengan lebih rapat.

Tips Email Marketing

Saya subcribe beberapa im malaysia untuk melihat cara mereka melakukan email marketing. Ada yang berkesan & seronok di baca dan ada jugak yang berserabut kerana ingin memasukkan semua benda dalam satu email.

Keep It Simple

Nasihat saya bagi mereka yang ingin melakukan email marketing..Keep it simple. Jangan gunakan ayat boombastik dan tidak di fahami oleh orang kebanyakan & tiada asas dalam IT. Jangan gunakan ayat teknikal menyebabkan orang tidak membacanya lagi jika anda email.Paling teruk mereka akan unsubcribe.

Specifik

Jangan masukkan semua dalam satu email.Contohnya anda ingin berikan tips pemasaran affiliate. Jangan masukkan semua tips.Buat satu per satu. Biar la email anda pendek. Tetapi ia cukup berkesan jika anda pendek. Tidak semua orang sempat baca email yang panjang.

Pendek

Ini adalah kesukaan saya.Saya gemarkan email yang pendek.Saya tidak suka baca email yang panjang. Apa yang ingin disampaikan akan terus ditangkap oleh pembaca. Anda tidak perlu menulis berjela jela dengan maksud untuk berterima kasih. Itu kerja sia sia namanya. Kalo nak berterima kasih, cakap jela terima kasih. End of the story. Dalam email lain pulak topik lain pulak.

Mesra

Jangan terlalu serius dalam email anda.Tulis seolah olah anda sedang bercakap dengan pembaca anda. Anda ingin sampaikan email itu kepada manusia dan bukan robot. Buatkan ayat yang mesra.Jangan lupa sebutkan nama mereka. Ini biasanya terdapat dalam semua autoresponder. Gunakannya.

Jarak yang sesuai

Pastikan jarak yang sesuai diantara perenggan dan ayat anda. Jangan terlalu rapat.Jika tidak,sesetengah orang tidak sukakannya. Saya sendiri tidak sukakan email yang terlalu rapat. Ia menyukarkan pembacaan.Jika email panjang,jarakkan..It’s ok jika satu baris tu ada beberapa ayat je.

Ini adalah antara tips dalam email marketing. Ia berkesan kepada saya. Saya rasa ia juga akan berkesan dengan anda.Ini adalah kerana lumrah manusia adalah hampir sama. Jika anda ingin promote sesuatu buatkan ayat yang mesra seolah olah mereka adalah kawan baik anda.Jadi mereka tidak rasa menyusahkan jika mereka membelinya kerana anda adalah kawan mereka.

Sumber : rajaadsense.com