Panduan Kejayaan - 3S

Sales (Menjual)

Menjual merupakan elemen utama dalam sebarang bentuk perniagaan. Perniagaaan yang berteraskan penjualan akan bertahan lama dari yang mementingkan penajaan. Pada peringkat awal, anda perlulah menguntukkan sekurang-kurangnya 80% dari masa anda untuk jualan dan selebihnya untuk menaja dan membina kumpulan. Dari prospek jualan seterusnya akan mewujudkan peluang anda untuk menaja dan mengembangkan perniagaan anda.

Sponsor (Menaja)

Proses penajaan adalah perlu untuk mengembangkan perniagaan dan network anda. Penajaan yang ditekankan di sini ialah penajaan berkualiti dan bukannya kuantiti. Anda perlulah memastikan bakal tajaan anda itu menjadi ahli di atas minatnya sendiri (bukan paksaan) kerana tertarik dengan penerangan anda yang jelas. Dan seterusnya membimbing mereka supaya dapat meniru anda.

Servis (Memberi Servis)

Samada anda menjual ataupun menaja, perkara yang perlu disusuli ialah membuat follow up. Ini akan memberi satu kepuasan kepada pembeli atau rakan tajaan anda supaya terus membeli atau mengembangkan tajaan di bawah rangkaian anda. Di ketika ini juga anda perlu membuat pembahagian prospek yang ada samada akan terus menjadi pembeli atau bakal menjadi tajaan. Follow up perlulah di buat dalam masa 3 hingga 7 hari.

Servis Selepas jualan
Menghantar produk ke rumah dan mengucapkan terimakasih (ataupun nota terimakasih dan cara menghubungi anda). Memastikan teknik menggunakan produk yang betul. Membuka ruang untuk menyelesaikan masalah dan pertanyaan. Memperkenalkan produk baru di samping repeat sale yang ada. Menaja jika berpotensi atau jika perlukan harga yang murah.
Menawarkan diri untuk membuat demo di premisnya.


Servis Selepas penajaan
Menyelesaikan masalah atau perkara yang tidak difahami. Menerangkan cara untuk berjaya dalam MLM. Kenalkan stokis berhampiran dan cara untuk berurusan (seperti mendapatkan borang, mengisi borang ahli, mendapatkan starter kit dll) seterusnya memberi bimbingan untuk membuat demo

Menyediakan Diri Sebagai Rakan Niaga Dinamik

Bagaimana caranya ?

Mempunyai keyakinan pada diri sendiri
1. Ini merupakan prinsip utama kejayaan seseorang
2. Perlu yakin dan berani, "Anda boleh sebab anda berani"

Memiliki sifat penyabar
1. Mahukan sesuatu yang banyak dalam masa yang secepat mungkin tanpa bersusah payah bukanlah konsep MLM yang sebenarnya.
2. Anda perlulah bersabar dalam proses membina perniagaan MLM dan tabah menghadapi segala bentuk kesusahan sebelum memperolehi kesenangan.

Memperuntukkan masa
1. Gunakanlah masa yang terluang setiap hari untuk aktiviti perniagaan kerana MLM tidak memerlukan masa yang banyak tetapi masa yang panjang. Berdikit-dikit lama-lama jadi bukit.
2. Janganlah membazir masa begitu sahaja hanya untuk mengeluh sentiasa tidak kecukupan wang.

Mempunyai kemahuan
1. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
2. Ini akan membuahkan komitmen anda untuk mencapai kejayaan.

Berkerja dengan bijak
1. Perlu mempunyai stategi dan perancangan dan seterusnya melaksanakannya.
2. Tentukan matlamat, rancangan bagaimana untuk mencapai matlamat dan tempoh masa untuk sampai ke matlamat. Kemudian lakukan!

Membina imej professional
1. Imej yang sopan, kemas dan berpengetahuan akan lebih diyakini oleh prospek atau pengguna

Bersedia untuk menyukai orang
1. Orang ramai merupakan aset yang paling berharga di dalam perniagaan kerana merekalah bakal pelanggan dan tajaan anda.
2. Manusia suka dihormati, dipercayai, didengari, dipuji, diberi perhatian, dipentingkan dan tidak diarah atau dipaksa.

Menjadi peramah dan cepat mesra
1. Pengiklanan yang paling murah dan cara untuk mengembangkan perniagaan ialah dengan rajin membuka mulut
2. Tidak ada malu-malu di dalam MLM untuk bercakap samada di hadapan prospek ataupun di khalayak ramai.

Bersedia untuk belajar dan mengajar
1. Di dalam kerjaya apa sekalipun, anda perlu mempunyai ilmu. Bidang MLM memerlukan sekurang- kurang pengetahuan tentang produk dan kemahiran di dalam penerangan pelan pemasaran.
2. Rakaniaga yang ilmuwan akan lebih dikagumi dan dipercayai oleh bakal pelanggan dan prospek tajaan anda.
3. Hadirilah sebarang kursus yang dianjurkan oleh syarikat kerana ini begitu penting untuk anda menimba ilmu bagi membina keyakinan (convincing power) apabila berhadapan dengan bakal pelanggan atau tajaan anda.

Menyediakan bahan asas
Manusia mempunyai 3 deria asas untuk mudah di yakinkan:
1. Telinga- Berkongsi ilmu tentang produk, kegunaannya, keberkesanannya dengan memberi contoh testimonial yang ada.
2. Mata- Sediakan dokumen seperti brosur, katalog, majalah, gambar testimonial yang boleh ditunjukkan
3. Rasa- Sediakan sampel produk yang boleh di rasa oleh bakal prospek atau pengguna.

Sentiasa bawa bersama bahan asas tersebut ke mana-mana anda berada dan seboleh-bolehnya adakan juga starterkit, dokumen photostat (spt. artikel akhbar, testimonial dll), borang ahli dan produk yang berlebihan yang terus boleh diberi kepada pelanggan atau tajaan anda supaya mereka tidak tertunggu-tunggu atau merubah fikiran