M L M dan Internet! Boleh ke?

Salam Hormat,

Baru-baru ini, saya ditemuramah oleh seorang usahawan internet di Malaysia (Biarlah saya rahsiakan nama beliau pada masa ini). Salah satu soalan beliau ialah bagaimanakah anda boleh menggunakan internet untuk memperkembangkan perniagaan MLM anda.

Sebelum itu, biarlah saya katakan yang topik yang saya dan beliau bincangkan ialah spesifik kepada Internet MLM. Walaubagaimanapun ianya masih boleh membantu anda yang menjalankan perniagaan Internet secara konvensional walaupun tidaklah secara menyeluruh.

Baiklah, saya akan huraikan serba sedikit jawapan kepada soalan beliau di sini. Jika ianya mendapat sambutan, saya akan teruskan perbincangan di masa akan datang.

Bagaimanakah Anda Boleh Menggunakan Internet Untuk Memperkembangkan Perniagaan MLM Anda?

Terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan untuk mengembangkan perniagaan MLM anda melalui Internet, namun saya dapat simpulkan yang tujuan UTAMA anda menggunakan Internet ialah:

1. Untuk membina persahabatan dengan propek, bakal pelanggan dan juga rakan niaga anda.

Ramai yang terlupa untuk memberi perhatian kepada perkara ini kerana mereka inginkan kejayaan dalam masa yang singkat.

Saya harap, anda tidak begitu.

Gunakan kelemahan ini sebagai kekuatan anda - iaitu dengan menambah lebih ramai kenalan dan mengenali mereka dengan lebih rapat. Pada masa yang sama, biarlah mereka mengenali anda juga.

Mengapa? Ianya lebih mudah berurus niaga dengan orang yang anda kenali daripada orang yang anda tidak kenali langsung.


2. Untuk mencari prospek dengan cara yang lebih mudah dan lebih pantas.

Jika anda ingin perniagaan MLM anda berkembang, anda perlu mencari ramai rakan niaga yang sanggup membina perniagaan ini bersama anda. Masalahnya, terlalu ramai yang ingin melakukannya tetapi kekurangan masa untuk keluar dan bertemu prospek. Bukan setakat itu sahaja, untuk mencari prospek pun susah jika anda terlalu sibuk dan tak dapat keluar dari rumah.

Cara terpantas ialah dengan mencari prospek ini di Internet. Dengan sebuah komputer yang mempunyai talian Internet, anda bakal menemui beribu-ribu prospek yang mungkin akan manyertai perniagaan anda sekarang atau pada masa akan datang.

Jika mereka ingin menyertai anda sekarang, bagus! Jika mereka belum bersedia, teruskan membina ikatan dan persahabatan yang baik antara anda dan bakal rakan niaga anda.

Selebihnya, anda boleh gunakan internet untuk tujuan latihan dan perbincangan ataupun memberikan maklumat berkenaan perniagaan anda. Tetapi, saya memang sarankan anda memberikan keutamaan kepada dua perkara di atas terlebih dahulu, dan biarkan upline dan kumpulan anda melatih kumpulan baru anda.

Diharapkan pengenalan kepada topik ini dapat membuka minda anda untuk mula melihat internet sebagai salah satu alat untuk memperkembangkan perniagaan MLM anda.

Sebarang komen amat dialu-alukan.

ikhlas,

Zamri Nanyan
http://www.RahsiaMLM.com

M L M Memang Skim Piramid?

Salam Hormat,

Saya tertarik dengan komen seorang pelanggan majalah elektronik (ezine) Rahsia MLM mengenai sebuah artikel ringkas yang saya tulis sebelum ini.

Artikel tersebut bertajuk "MLM Memang Skim Piramid?" dan komen beliau berbunyi begini:

"Sistem Pentadbiran sesebuah negara atau organisasi tidak sama dengan sistem perniagaan MLM. Sistem pentadbiran negara disahkan oleh perlembagaan dan sistem pentadbiran organisasi disahkan oleh akta. SIstem perniagaan MLM yang berbentuk Piramid disahkan oleh siapa? Adakah jaminan bahawa orang yang paling bawah sekali dalam sistem Piramid MLM itu akan dapat pulangan yang setimpal, sebab dia orang yang paling bawah dan tak ada orang lagi di bawahnya?"

Baiklah, biar saya terangkan sedikit apa yang saya tahu:

Soalan 1:

"SIstem perniagaan MLM yang berbentuk Piramid disahkan oleh siapa?"

Jawapan 1:

Sistem perniagaan MLM adalah disahkan oleh "Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna" dan lesennya diberikan sebagai lesen jualan langsung - walaupun MLM tak semestinya beroperasi 100% seperti syarikat jualan langsung (rujuk laporan ringkas saya yang bertajuk "Anda Sudah Silap").
Walaubagaimanapun, jangan keliru dengan MLM dan skim piramid yang menjadikan Pak Man Telo "selebriti" satu ketika dahulu. Dan juga, jika anda terlibat di dalam MLM Internet, tiada sebarang peraturan yang ketara untuk menyatakan yang ianya sah ataupun tidak. Terpulang kepada anda untuk membuat penilaian. Contohnya, plan pampasan berbentuk binari di Malaysia adalah tidak dibenarkan tetapi ianya sah di Amerika dan negara-negara lain (begitu juga di Internet).

Soalan 2:

"Adakah jaminan bahawa orang yang paling bawah sekali dalam sistem Piramid MLM itu akan dapat pulangan yang setimpal, sebab dia orang yang paling bawah dan tak ada orang lagi di bawahnya?"

Jawapan 2:

Selalunya, syarikat MLM yang sah ada memberikan jaminan wang pulangan kembali kepada pembeli yang tidak puas hati dengan produk yang digunakan untuk satu tempoh tertentu. Tetapi, untuk sebarang perniagaan, sesuatu jaminan yang anda akan berjaya ialah dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kejayaan tersebut. Saya rasa, itu adalah jawapan yang terbaik namun begitu masih ramai yang berpendapat golongan di bawah tidak akan mendapat satu sen pun melalui MLM mereka.
Memang benar... ramai yang tidak akan mendapat walau satu sen pun, tetapi perlu diingatkan juga yang ada pengedar yang baru beberapa bulan menyertai sesebuah MLM mendapat pulangan yang lumayan berbanding pengedar lain yang sudah bertahun-tahun menyertai MLM tersebut. Kalau diikutkan, pengedar baru ini adalah yang di bawah sekali di dalam kumpulan pengedar MLM tersebut dan beliau tidak sepatutnya mendapat apa-apa kerana orang di bawah selalunya tidak mendapat sebarang pulangan.
Rahsianya adalah dengan menaja dan membina jaringan pengedar dan pembeli barangan yang baru (dalam erti kata lain - berusaha dan mengikuti sistem yang diajarkan oleh syarikat MLM beliau). Belajar dan terus mencuba.

Tetapi perlu juga diingatkan yang setiap pengedar barangan MLM sesebuah syarikat perlu menilai mengapa beliau menyertai MLM tersebut. Jika anda sudah membaca "Mailbox Money" atau "Wang Dari Peti Surat" yang saya alih bahasa itu, anda akan tahu yang salah satu syarat untuk berjaya di dalam sesebuah MLM itu ialah produknya... anda perlu merasa senang untuk membeli dan menggunakan produk tersebut walaupun tiada plan pampasan diberikan kepada anda. Selepas itu barulah anda syorkan kepada orang lain untuk menyertai anda. Beritahu mereka syarat ini juga sekiranya mereka ingin berjaya di dalam perniagaan ini. Jika ini yang anda lakukan, anda tidak akan berasa bersalah jika pengedar anda merungut kerana mereka sudah mendapat produk yang benar-benar mereka suka dan gunakan. Sayangnya, terlalu banyak yang menjaja MLM sebagai sebuah peluang untuk menjadi kaya sahaja, dan tanggapan ini patut dihapuskan.

Saya harap penerangan saya yang tidak seberapa ini dapat membuka mata dan memberi maklumat yang berguna kepada yang memerlukannya.

Sebarang komen amat dialu-alukan.

ikhlas,

Zamri Nanyan
http://www.RahsiaMLM.com

Pendapatan idaman anda...

Salam Hormat,

Pada kali ini, mari kita bincangkan jenis-jenis pendapatan yang anda perolehi di dalam perniagaan atau pekerjaan anda, dan kita lihat pendapatan yang bagaimanakah patut kita perolehi.

Terdapat tiga (3) jenis aliran pendapatan yang boleh diklasifikasikan seperti di bawah.

1. Buat Sekali – Dibayar sekali

Jika anda laksanakan kerja, jualan atau melaksanakan sesuatu kontrak sekali sahaja, anda juga akan dibayar sekali sahaja dan pendapatan anda akan berakhir di situ sahaja.

2. Berterusan Bekerja – Berterusan Dibayar

Jika anda buat kerja pejabat dari pukul 9 ke 5, anda akan berterusan dibayar selagi anda berterusan bekerja dengan majikan anda – dan ini biasanya dipanggil pendapatan berterusan. Ini adalah jenis pendapatan yang "dinikmati" oleh golongan pekerja. Walaupun anda seorang pakar bedah otak, peguam atau jurutera, anda cuma akan dibayar selagi anda berterusan bekerja. Jika anda berhenti bekerja baki akaun bank simpanan anda akan mula berkurangan.

3. Buat Sekali Dengan Betul – Dibayar Berulang-Ulang Kali

Jenis pendapatan yang ketiga ialah pendapatan berulang di mana anda akan dibayar walaunpun anda sudah berhenti bekerja. Sebagai contoh, jika anda menulis buku, anda akan dibayar melalui pendapatan royalti selagi buku anda itu berjaya dijual untuk kerja yang cuma dilakukan sekali.

Kebanyakan daripada orang yang kaya dan hidup mewah mencipta kekayaan dari satu bentuk aliran pendapatan berulang. Ambil penyanyi Michael Jackson sebagai contoh. Beliau masih menerima royalti hasil daripada penjualan album yang beliau buat berdekad yang lalu. Beliau juga boleh mempakejkan semula lagu-lagu lama beliau dan menjualnya untuk menjana pendapatan baru. Beliau tidak perlu menghabiskan masa di studio untuk menghasilkan lagu-lagu baru untuk mendapatkan aliran tunai yang berterusan!

Ianya tidak memerlukan seorang genius untuk mengenalpasti apakah jenis pendapatan yang seseorang itu inginkan. Pendapatan Berulang (recurring income/residual income/ royalty income) adalah situasi yang paling ideal antara ketiga-tiga situasi di atas. Kita semua ingin bekerja sekali dan dibayar berulang-ulang kali. Itulah kuasa pendapatan berulang-ulang!

Majoriti golongan profesional yang menikmati pendapatan seperti ini ialah mereka yang terlibat dalam bidang kreatif seperti pelakon, penulis, penyanyi dan pelabur.

Malangnya, tak ramai daripada kita yang dianugerahkan dengan bakat seperti Michael Jackson, apatah lagi peluang untuk berkecimpung dalam industri yang mewah ini. Bagaimanapun, ada satu peluang yang meningkat naik untuk orang-orang biasa seperti kita untuk menikmati pendapatan berulang dalam abad ke 21 ini.

Betul tekaan anda: ianya tak lain dan tak bukan ialah Pemasaran Bertingkat, Pemasaran Rangkaian atau Multi-Level Marketing (MLM).

Zamri Nanyan
http://www.RahsiaMLM.com

Taktik Jom Makan...

Sudin (bukan nama sebenar) mempelawa rakannyaZaidi (juga bukan nama sebenar) datang ke rumah.

Kata Sudin, "aku nak jemput kau makan sikitkat rumah aku malam ni. Datanglah". Zaidipun setuju dan tepat 8:30 malam, Zaidi sudahberada di rumah Sudin.

Zaidi berasa aneh kerana Sudin ada seoranglagi tetamu asing yang belum pernah beliaukenali di rumah Sudin.

Tak lama kemudian, tahulah Zaidi yang tetamu asing itu ialah upline Sudin yang bakalmemperkenalkan satu peluang hebat - peluangmendapatkan pendapatan yang tiada hadnya didalam dunia ini.

Dalam masa setengah jam kemudian, Zaidi sudah diperkenalkan dengan produk unik X yang mampumerawat pelbagai jenis penyakit. Bukan itusahaja, jika Zaidi menyertai kumpulanpengedar mereka, Zaidi berpeluang melancongke 5 buah negara asing dalam masa 3 tahun dari sekarang. Pangkat "manager", "diamond"dan "super duper diamond" juga dijelaskan.

Wow! Sudin teruja... namun Zaidi masih lagibingung.???"Aku ingat ada kenduri, rupa-rupanya ada duri",fikir Zaidi.Zaidi rasa tertipu, walaupun selepas pembentanganpeluang perniagaan tersebut, memang ada nasibriani lauk ayam masak ros. Nasinya enak, namunZaidi masih tidak dapat lupakan yang dirinya sudah ditipu.

Sebelum pulang, Zaidi dipujuk untuk menyertai kumpulan pemasaran rangkaian mereka. Disebabkan sudah makan nasi briani berlaukkan ayam lazat, Zaidi secara terpaksa akur menandatangani borang pengedar.

Malam itu, Zaidi pulang ke rumah dengan perasaan hampa. Walaupun beliau sudah menyertai syarikatpemasaran rangkaian XYZ yang Sudin perkenalkan, beliau bersumpah yang beliau tidak akan menggunakantaktik "makan percuma" kepada rakan-rakannyayang lain semata-mata untuk mendapatkan ahlibaru di bawah beliau.Kata hati Zaidi, "cukuplah aku saja yang terkena".

Saya rasa tidak kurang juga di antara kita yangdiperkenalkan kepada pemasaran rangkaian secara "bait and switch" - umpan sesuatu benda, kemudian perkenalkan peluang perniagaan. Tak tahulah jika anda tidak terasa, tetapi sayajuga akan merasakan seperti apa yang Zaidi rasakan sekiranya teman rapat saya cuba menaja saya dengan cara sebegitu.

Apa salahnya jika diberitahu perkara yang sebenar. Sudin boleh katakan kepada Zaidi yang beliau ingin menjemput Zaidi datang ke rumah bertemu Upline beliau untuk membincangkan satu peluang menambah pendapatan sampingan, dan di samping itu juga, Sudin ada buat makan-makan sikit.

Paling kurang, Zaidi sudah bersedia dengan apayang bakal beliau hadapi.Jika Zaidi tak dapat datang, mungkin Halim, mungkin Kasim, mungkin Ahmad dapat datang

Zamri Nanyan
http://www.rahsiamlm.com

Buku Rahsia MLM




Adakah Anda Mempunyai Satu Sistem MLM Yang Terbukti Berkesan? Adakah Anda Menuruti Sistem Tersebut Sepenuhnya?

Atau ...

Anda, Upline Anda dan Seluruh Kumpulan MLM Anda Masih Tercari-cari Satu Formula, Sistem Rahsia Kejayaan MLM Yang Hanya Diketahui Di Kalangan Jutawan-Jutawan MLM SepertiTom "Big Al" Schreiter!

Dapatkan buku RAHSIA MLM di http://www.rahsiamlm.com/index.php?ref=rosbira

Datuk Low Boon Siew

Datuk Low Boon Siew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu, kehidupan keluarga Datuk Low sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah. Sejak kecil lagi beliau bekerja mengutip najis haiwan sebagai baja pertanian dan memancing ikan untuk dijual sebagai tambahan pendapatan keluarganya. Ketika berumur 12 tahun, ayahnya membawanya ke Pulau Pinang untuk berhijrah dan mencari sumber pendapatan. Beliau disuruh oleh ayahnya bekerja di sebuah kedai mekanik. Mereka berdua tidak mempunyai sedikit pun masa untuk bersuka-suka tetapi bekerja kuat untuk menghantar duit untuk keluarga yang berada di China.

Untuk memperolehi pendapatan lebih, di sebelah malam beliau membasuh bas dan upahnya 10 sen bagi setiap bas. Ketika berumur 18 tahun, beliau tertarik untuk berniaga sendiri dan sering memikirkan cara bagaimana untuk mendapat peluang berbuat demikian. Hasil daripada wang yang disimpan sedikit demi sedikit, dia kemudian membeli beberapa peralatan mekanik bernilai RM 10.00 dan 8 buah bas berharga RM 200.00 untuk diperbaiki dan dijadikan bas penumpang. Bas ini mendatangkan hasil lumayan kepada beliau iaitu RM1.20 hingga RM 1.40 sehari.

Setiap keuntungan disimpan sedikit sementara bakinya dijadikan modal pusingan semula. Dalam masa 7 tahun beliau mempunyai 40 buah bas dan membuka kedai bateri serta barang ganti kenderaan. Selepas perang dunia kedua tamat, Datuk Low meluaskan perniagaannya dengan membuka kedai kereta terpakai dan menjadi ejen pengedar beberapa jenis motosikal keluaran British.

Dalam tahun 1958, beliau melawat Jepun untuk makan angin. Di Jepun beliau ternampak sebuah motosikal Honda yang belum pernah digunakan di Malaysia dan berfikir mungkin mendapat pasaran baik jika dibawa ke sini. Setelah mengesan siapakah pengeluarnya, beliau membuat perjanjian untuk memesan 12 unit. Motosikal ini kemudian dijual kepada kawan rapatnya tanpa mengambil apa-apa untung. Motosikal Honda yang dibawanya ditertawakan oleh orang ramai yang menganggap ia tidak berguna dan cepat rosak, namun ia tidak mematahkan hasratnya untuk memperkenalkan motosikal sehingga menjelang tahun 1963, motosikal Honda menjadi kenderaan yang paling diminati.

Beliau adalah orang yang berjaya menempatkan kereta jenis Honda sebagai kenderaan ketiga terbesar dijual di negara ini sejak 3 tahun lalu. Kini beliau mempunyai alasan untuk berbangga dengan kejayaannya di dalam alam perniagaan dan tokoh korporat, sekali gus meletakkan beliau sebagai seorang yang terkaya di Pulau Pinang dan antara 10 tokoh usahawan terkemuka di Malaysia. Adalah menjadi pengetahuan umum, Datuk Low tidak pandai menulis namanya secara tepat setelah belajar sekian lama. Namun begitu memiliki satu pasukan profesional untuk berkhidmat dengannya.

(Dipetik dari penulisan: Muhammad Amin Al-Farabi)

Mengapa ramai orang gagal untuk buat duit di Internet?

Tahukah anda mengapa ramai orang gagal untuk buat duit di Internet?

1) Salah CaraIni adalah masalah yang paling besar dan utama buat orang kita. Kebanyakan mereka menganggap Skim Cepat Kaya picisan adalah perniagaan Internet. Perniagaan Internet yang sah, adalah sama seperti perniagaan di dunia nyata. Mesti berlaku proses jual beli. Tidak wujud istilah rekrut merekrut, autosurf, baca emel dapat duit dan sebagainya.Ya, mungkin kontroversi, tambahan pula jika anda pernah terlibat dan mendapat beberapa ringgit dari program sebegini.

Namun, untuk menjimatkan masa, apakata anda download laporan khas Team SaifulSham.com bertajuk "Skim Cepat Kaya Internet Di Siasat" secara percuma di:http://www.saudagar.com.my/skimcepatkaya.zip

Baca laporan tersebut dari awal hingga akhir, kerana kami ada terangkan modus operandi program-program seperti ini dan mengapa kami katakan ia berbahaya. Bahkan, seolah-olah kami mempunyai "prophecy", beberapa minggu selepas laporan ini dikeluarkan 2 program cepat kaya gergasi yang menjadi ikutan dan popular di kalangan rakyat Malaysia, tumbang. Jadi elakkan menjadi mangsa, pastikan anda meneliti laporan tersebut.

2) Tiada FokusRamai orang melompat-lompat dari satu model perniagaan ke satu model perniagaan. Setelah mencuba beberapa ketika, "Gagal" isytihar mereka. Jangan jadi seperti mereka."Rome Is Not Built In One Day"Sebenarnya, seperti perniagaan di dunia nyata, perniagaan yang berjaya di Internet juga memerlukan perancangan.

Ia kemudiaanya perlu di follow up dan diperbaiki agar benar-benar ampuh. Tiada benda di dunia ini boleh dapat tanpa usaha. Sebagai ahli kelab Saudagar.com.my, anda bertuah kerana anda dapat meminjam pengetahuan dan pengalaman Team SaifulSham.com dalam memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Kita akan bercerita panjang lebar mengenai pelan perniagaan Internet yang berjaya dalam emel akan datang.

3) Taksub Dengan Jalan Pintas-Berbelanja BesarSupaya anda tidak tersasar dan jangan kata kami tidak beritahu anda, modal kami memulakan perniagaan Internet hanya RM 500.
Bahkan sebenarnya kami bermula dengan RM 0!

"Eh, apa ni, sekejap RM500 sekejap RM0" (sabar, sabar... jangan gundah)
Jangan salah faham. Kami tidak minta RM 500 dari anda untuk dilaburkan, kami bukan MLM.
Kami beri contoh di atas supaya anda tidak terlaburkan wang anda ke jalan yang salah.Begini, ramai bakal usahawan internet, terutama yang berkemampuan menghabiskan ratusan, bahkan majoritinya ribuan untuk menempah laman web ecommerce dari syarikat-syarikat konsultan edagang. Sebenarnya, jalan ini kurang bijak.Ayah saudara rakan Syazwan (partner saya dalam SaifulSham.com) berbelanja RM 500K untuk memulakan jualan batik online. 3 tahun, baru beliau dapat kembali modal yang dikeluarkan.

Roommart.com.my yang mendapat geran memulakan perniagaan dari MAVCAP mengsasarkan akan kerugian RM100K pada tahun pertama sebelum dapat mencatatkan keuntungan sepenuhnya pada tahun ke-5 (The Star, 2004)Bagi anda yang berjiwa korporat, anda mungkin tidak kisah jadi seperti mereka. Tetapi kepada yang "street smart" seperti kami, kami tidak sanggup.Kami akan ceritakan dan tunjukkan kepada anda bagaimana kami memulakan perniagaan Internet kami serendah mungkin. Janan serahkan your hard earned money easily untuk janji-janji kekayaan segera,Baiklah, kita tidak boleh bersembang panjang sekaligus dalam satu emel.

Cukuplah buat masa ini, jumpa lagi dalam emel seterusnya.

Terima Kasih.

Sabri,
Team SaifulSham.com,
Penulis Buku "Rahsia Buat Duit Dengan Internet"

MLM - Potensi Kejayaan Anda

Jika anda masih kurang pasti, dengan cita-cita anda itu, kami ingin membantu anda untuk berjaya dalam kehidupan, semua orang mengimpikan kehidupan yang baik dan sempurna dengan memperolehi pendapatan yang dapat menampung segala keperluan dan keinginan anda.
Perniagaan sistem rangkaian telah terbukti melahirkan ramai jutawan-jutawan yang hanya mengambil masa kurang dari 5 tahun untuk mencapai tahap tersebut. Jika ada orang yang pernah berjaya, mengapa tidak anda.

Buang segala persepsi negatif tentang pelaburan dalam sistem rangkaian yang pernah anda dengar sebelum ini. Ini hanyalah pendapat segelintir orang yang tidak matang dan tidak pasti dengan kedudukan dirinya.

Berfikir secara positif, jika anda ingin berjaya mengapa harus mendengar suara-suara sumbang dibelakang anda yang mahu melihat anda agar sentiasa berada sama taraf dengan mereka.

Mengapa anda tidak melihat kehadapan, lihatkan masa depan anda, anak-anak anda atau keluarga anda. Sudah tentu anda mahu sesuatu yang baik bukan, lakukan perubahan sekarang, sertai kami, kami akan membantu anda untuk mengubah masa depan anda setidak-tidaknya lebih baik dari hari ini.

Tahukah Anda? Jutawan MLM.

Tahukah anda? 20 peratus daripada 500 ribu jutawan Amerika terlibat dalam bisnes MLM. Manakala 35 peratus jutawan di Malaysia adalah jutawan MLM. Nilai bisnes MLM melebihi 100 bilion USD dan lebih 40 juta rakyat seluruh dunia berkecimpung dalam bisnes MLM.

Kenapa Kita Tidak Yakin & Was-was Dengan Online Business?

1. Tiada bukti kewujudan syarikat yang sah.
2. Syarikat tidak stabil, tiada bukti keunggulan dan sejarah kecemerlangan.
3. Website tidak unik, teknik promosi tidak canggih, biasa dan memboringkan.
4. Modal mahal, ada bayar bulanan. Untung tidak sepadan. Kena jumpa orang. Rugi masa dan minyak.
5. Tiada produk fizikal yang dijual, hanyalah sejenis program orang refer orang, skim cepat kaya dan piramid. Produk yang dijual tidak diperlukan, susah nak jual dan mahal. Tidak beli pun tak apa.