9/10 Rezeki Dalam Perniagaan

Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan. Namun, apakah cara paling cepat untuk mencapai kekayaan?

Jawapannya amat mudah- perniagaan! Jikalau kita menyemak orang-orang kaya di dunia, hampir semua menjadi kaya melalui perniagaan. Apa yang dikatakan 9 daripada 10 rezeki datangnya daripada perniagaan adalah amat tepat. Seseorang yang bijak dalam pelaburan saham apabila melabur RM5,000 mungkin akan mendapat pulangan 20-30% dari jumlah pelaburan. Namun, seseorang yang bijak dalam perniagaan apabila melaburkan RM5,000 dalam perniagaan sendiri akan mendapat pulangan berpuluh-puluh atau beratus kali ganda dari pelaburan tersebut.

Oleh itu, cara paling cepat untuk mencapai kekayaan adalah melalui perniagaan. Amat sukar bagi mereka yang kerja makan gaji mencapai kekayaan dengan cepat. Walaubagaimana pun, usah risau jikalau anda bekerja makan gaji. Pesan seorang kawan saya, jutawan Cina berbunyi: “Apa yang kita buat dari pukul 9.00-5.00 di pejabat adalah untuk menampung hidup kita… untuk menjadi kaya, ianya adalah apa yang kita buat selepas pukul 5.00 petang”

Terdapat berbagai-bagai cara memulakan perniagaan secara part-time dari membuka gerai dan berniaga kecil-kecilan, melakukan perniagaan di internet, memberi tuisyen kepada pelajar, membuat jualan langsung dan sebagainya. Peluang perniagaan ada di merata-rata tempat. Anda cuma perlu peka dengan permintaan sesuatu produk ataupun perkhidmatan di sekeliling anda.

Walaubagaimanapun, untuk mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan, anda perlu menimba ilmu secukupnya. Anda tidak perlu mencipta cara berniaga baru- apa yang anda perlu lakukan adalah mengikuti jejak langkah mereka yang telah berjaya dalam sesuatu perniagaan tersebut. Dengan mengikuti jejak langkah mereka yang sudah berjaya, anda tidak akan tersasar dari jalan menuju kekayaan!

Salam cemerlang, sehingga berjumpa lagi.


From : http://www.steprofit.com/blog/index.php/category/bisnes

8 Langkah Menjadi Jutawan…

Langkah 1: Mulanya di fikiran

Kekayaan bermula di fikiran. Jikalau anda berfikiran negatif mengenai kekayaan, maka, ia akan menjadi penghalang mental anda. Lepasi penghalang mental tersebut dengan berfikiran positif tentang kekayaan. “Duit banyak bukannya boleh bawak ke kubur” merupakan salah satu fikiran negatif yang sering diluahkan. Apa kata anda tukar mindset tersebut kepada, “Duit banyak, nanti lebih banyak amal jariah boleh lakukan, walaupun kita sudah ke kubur!”

Sekiranya anda inginkan kekayaan, langkah pertama anda adalah untuk membuang segala fikiran negatif tentang kekayaan. Tembusi benteng pertama yang menjadi penghalang kepada kekayaan- iaitu fikiran anda sendiri. Fikirkan boleh!

Langkah 2: Tetapkan matlamat

Dengan keinginan, anda perlu menetapkan matlamat. Keinginan tanpa matlamat merupakan perbuatan yang sia-sia oleh kerana kita tidak tahu arah hala tuju kita. Bayangkan anda menaiki teksi, tetapi tidak mempunyai matlamat destinasi. Silap hari bulan, anda di tendang keluar dari teksi. Dengan mempunyai matlamat, dalam konteks ini, destinasi, maka anda akan dapat menetapkan satu jalan untuk mencapai matlamat anda.

Matlamat bagaikan suatu peta untuk anda sampai ke suatu destinasi. Tanpa peta yang lengkap, anda pasti akan tersasar dari destinasi anda. Tetapkan matlamat yang tinggi untuk diri anda, namun, matlamat tersebut perlu logik diterima fikiran. Sebagai contoh, memperolehi RM1 juta dalam masa 2 tahun bunyinya tidak logik- amat jarang sekali diperolehi oleh seseorang (namun tidak mustahil). Namun, memperolehi RM1juta dalam masa 10 tahun adalah suatu yang logik diterima fikiran dan sering dilakukan oleh jutawan-jutawan di Malaysia. Bagaimanakah caranya? Ikuti langkah-lankah seterusnya…

Langkah 3: Hendak sejuta daya…

Matlamat tanpa usaha adalah sia-sia. Matlamat tanpa usaha adalah umpama “Angan- angan Mat Jenin”. Kekayaan dan kejayaan tidak akan jatuh ke riba kita begitu sahaja. Hendak peroleh wang berjuta? Maka, anda perlu letakkan sejuta usaha untuk merialisasikan impian anda. Tiada jalan pintas dalam mencapai kekayaan- usaha adalah tangga kejayaan.

Dalam memotivasikan diri anda untuk berusaha mencapai matlamat anda, anda perlu memberi komitmen setiap hari dalam mencapai impian anda. Setiap hari, lakukan sesuatu untuk dekatkan anda kepada matlamat anda. Jangan tinggalkan sehari tanpa melakukan sesuatu walaupun usaha tersebut adalah sedikit sahaja. Perkataan kaizen yang berasal dari Jepun bermaksud improvement sedikit demi sedikit. Dengan sikap kaizen inilah Jepun berjaya menjadi negara maju yang disegani seluruh dunia.

Langkah 4: Pengetahuan & ilmu

Pengetahuan merupakan faktor penting dalam membina kekayaan. Tiada jalan pintas dalam memperolehi kekayaan. Dengan pengetahuan yang lengkap dalam sesuatu industri, ini akan memudahkan anda mencapai kekayaan dan kejayaan.

Cara mudah untuk mendalami ilmu industri yang anda kecimpung adalah dengan cara membaca. Tanam sifat rajin membaca. Terdapat berbagai-bagai bahan bacaan di pasaran merangkumi topik-topik tertentu. Dengan mendalami pengetahuan dalam industri anda, anda akan menjadi pakar dalam bidang anda sendiri.

Satu perkara penting dalam mencari ilmu adalah anda tidak perlu reinvent the wheel. Kejayaan telah dicapai dalam semua industri. Apa yang anda perlu lakukan adalah pelajari dari mereka yang telah berjaya. Dengan mengikuti jejak langkah mereka yang telah berjaya, anda pasti tidak akan tersasar dari mencapai kejayaan juga.

Langkah 5: Mulakan perniagaan

9/10 rezeki datangnya dari perniagaan. Mereka dari golongan terkaya di Malaysia dan dunia merupakan ahli perniagaan. Amat sukar dan mengambil masa yang lama untuk menjadi kaya sekiranya anda seorang pekerja- namun ianya masih tidak mustahil.

Cuba berjinak-jinak dengan perniagaan. Anda terikat dengan pekerjaan 9-5? Tidak mengapa, anda masih mempunyai masa 5-9! Jikalau anda tidak dapat memulakan perniagaan secara full time, mulakan perniagaan secara part time.

Terdapat berbagai-bagai peluang perniagaan di Malaysia. Namun perlu berhati-hati anda tidak terjerumus dengan perniagaan yang melibatkan penyelewengan serta skim-skim cepat kaya dan piramid.

Anda boleh memulakan pengalaman perniagaan anda dengan membuka gerai, franchais, menyertai perniagaan network, memulakan perniagaan dari rumah ataupun melalui perniagaan Internet- seperti saya! Jangan lupa langkah 3 iaitu pelajari ilmu perniagaan berkaitan dengan bidang anda.

Langkah 6: Perihal kewangan

Dalami perihal kewangan. Untuk berjaya dari segi kewangan, anda perlu dilengkapi dengan ilmu mengenai wang. Ketahui bahawa kekayaan bukan bererti berapa banyak wang anda perolehi sebulan- tetapi, berapa banyak wang anda dapat simpan sebulan. Seseorang yang berpendapatan RM10,000 tetapi berbelanja RM9,000 sebulan sudah tentu tidak sekaya seseorang yang bergaji RM3,000 tetapi berbelanja RM1,500 sebulan. Kekayaan bukanlah berapa banyak anda perolehi, tetapi berapa banyak anda boleh menyimpan.

Langkah 7: Lakukan apa yang anda suka

Anda boleh mencapai kekayaan tidak kira dalam apa bidang jua. Satu kesilapan besar yang sering terjadi adalah apabila kita memikirkan bahawa bidang yang kita dalami tidak boleh menjadikan kita kaya. Sering kita fikirkan, industri yang lain boleh memberi pulangan yang lebih tinggi. Dalam buku motivasi klasik Acres of Diomand, penulis mengatakan bahawa senario “the grass is greener on the other side” sering terjadi pada setiap insan. Ini bererti, anda akan sering merasakan industri lain lebih membawa keuntungan dari industri anda. Bidang yang lain lebih memberi kekayaan.

Pada hakikatnya, kekayaan dan kejayaan boleh dicapai tidak kira apa bidang pun. Lakukan sedikit tinjauan- anda pasti akan bertemu kisah mereka yang berjaya dan mencapai kekayaan dalam bidang anda juga!

Langkah 8: Mereka yang berjaya adalah mereka yang sering gagal

Sejarah sering menceritakan kejayaan seseorang sering kalinya dikait dengan kegagalan di masa yang lampau. Ini adalah sememangnya benar oleh kerana mereka yang berjaya pasti mempunyai cerita kegagalan yang boleh dikongsikan.

Perbezaan mereka yang berjaya dan mereka yang tidak, adalah, mereka yang berjaya akan mengambil kegagalan sebagai iktibar. Tidak kira berapa kali kegagalan mengundang, mereka tidak akan berputus asa. Pencipta lampu mentol, Thomas Edison hanya mencapai kejayaan selepas seribu kali mencuba. Apabila ditanya, bagaimana beliau masih boleh berusaha walaupun gagal begitu banyak kali, jawapannya adalah, dia tidak menganggap dirinya gagal. Dia menganggap beliau menjumpai 999 cara yang salah dalam mencipta lampu mentol!


From : http://www.steprofit.com/blog/index.php/category/bisnes

3 cara membina pendapatan berterusan

Di dalam ebook Rahsia Perniagaan Digital saya, saya ada menyatakan 3 jenis pendapatan yang anda perolehi di dalam hidup anda dan yang terbaik ialah pendapatan berterusan - iaitu pendapatan pasif di mana walaupun anda berhenti bekerja, anda masih lagi terus mendapat pulangannya yang lumayan.

Bagi sesetengah orang, pendapatan sebegini mungkin cuma jadi angan-angan Mat Jenin sahaja kerana mereka mungkin tidak mengetahui (atau percaya) bahawa ianya benar-benar wujud. Tetapi bagi mereka yang mengetahuinya, mereka akan cuba sedaya upaya mencipta pendapatan berterusan ini kerana mereka tahu yang habuan daripada usaha mereka amat berbaloi.

Walaupun terdapat pelbagai cara mencipta pendapatan berterusan sebegini secara offline, saya cuma akan membincangkan 3 cara anda boleh mencipta pendapatan berterusan sebegini menggunakan Internet.

1. Membina Laman Web Keahlian (Membership Site) Anda Sendiri

Anda boleh membina satu laman web yang menawarkan produk atau perkhidmatan yang membolehkan anda mengenakan bayaran kepada pelanggan anda setiap bulan atau tahun.

Perkhidmatan sebegini belum lagi popular di kalangan usahawan Malaysia yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium untuk menjalankan bisnes sebegini. Mungkin permintaannya belum lagi besar untuk merealisasikannya atau mungkin belum ada lagi usahawan yang berani mencubanya.

Perkhidmatan atau produk yang boleh ditawarkan ialah seperti langganan webhosting, langganan autoresponder, kelab ebook bulanan ataupun perkhidmatan bimbingan (atau coaching).

Bagaimana anda boleh menjana pendapatan yang lumayan daripada laman web keahlian ini?

Katakan anda mengenakan caj bulanan RM50 bagi yuran keahlian. Sekiranya anda berjaya menjual 100 keahlian, ini bermakna anda sudah pun memperolehi RM5000 untuk pendapatan bulanan anda. Perlukan pendapatan yang lebih besar? Dapatkan lebih ramai ahli ke dalam laman web keahlian anda.

Untuk membina laman web keahlian, anda mungkin memerlukan sebuah skrip yang mudah untuk digunakan. Beberapa tahun dahulu, skrip untuk membina laman web keahlian adalah mahal tetapi sekarang ianya boleh didapati dengan murah. Di antaranya ialah skrip keahlian terbaru dari Ian Del Carmen (MemberFire).

2. Mempromosikan Laman Web Keahlian Orang Lain Sebagai Affiliate

Membina laman web keahlian memerlukan usaha yang berterusan daripada anda kerana anda perlu memberikan perkhidmatan berterusan setiap bulan/tahun. Anda boleh mengupah orang lain untuk mengendalikannya untuk anda ataupun anda boleh menggunakan kaedah kedua ini untuk mencipta pendapatan berterusan daripada Internet - mempromosikan laman keahlian orang lain sebagai affiliate.

Kebanyakan laman web keahlian menyediakan program affiliate mereka tersendiri di mana jika anda memasarkan laman web keahlian ini, anda akan diberikan komisyen setiap bulan bagi stiap ahli yang berjaya anda daftarkan.

Sebagai contoh, laman web keahlian Internet Millionaires daripada Gobala Krishnan memberikan komisyen sebanyak 40% bagi caj bulanan keahlian untuk laman web beliau. Bagi setiap ahli berbayar, anda akan memperolehi $5.16 daripada yuran bulanan $12.90 bagi setiap ahli. Jika anda berjaya mendapat 100 ahli berbayar, ini bermakna anda sudahpun memperolehi $516 (Dollar Amerika) setiap bulan.

Dengan cara ini, anda tidak perlu mengendalikan laman web keahlian tersebut dan anda tidak perlu melayan pelbagai kerenah pelanggan. Tetapi anda cuma akan dibayar berdasarkan peratusan komisyen yang ditetapkan dan anda perlu bersaing dengan affiliate lain yang mempromosikan program atau laman web keahlian yang sama.

3. Mempromosikan Laman Web MLM Internet

Kebanyakan daripada usahawan internet masih lagi melihat MLM Internet sebagai sebuah perniagaan multi-level konvensional. Sebenarnya tanggapan sebegini adalah salah.

Saya melihat MLM Internet sebagai salah satu lagi laman web keahlian yang mempu menjana pendapatan berterusan seperti yang dibincangkan di atas. Bahkan, sekiranya dilakukan dengan betul, anda mungkin akan mendapat lebih banyak keuntungan dengan memasarkan program MLM Internet daripada memasarkan laman web keahlian biasa.

Biar saya terangkan di sini.

Saya memberikan perkhidmatan webhosting sebagai satu sumber untuk membina laman web keahlian. Dan, memang ada banyak perkhidmatan webhosting yang menyediakan program affiliate yang mana anda boleh sertai dan jana pendapatan berterusan melaluinya. Ada yang memberikan komisyen setiap bulan dan ada yang membuat bayaran setahun sekali. Sebagai contoh, E-Commerce Mastery memberikan komisyen RM10 bagi setiap pakej Efficient100. Selagi pelanggan yang membeli pakej ini melalui link affiliate saya menggunakan perkhidmatan daripada E-Commerce Mastery, saya akan terus mendapat komisyen.

Pada masa yang sama juga, satu lagi syarikat menyediakan perkhidmatan webhosting dan mereka menggunakan pendekatan yang berlainan untuk mempromosikan perkhidmatan mereka. Kiosk Webhosting akan membayar 25% bagi setiap pelanggan berbayar yang anda perkenalkan kepada mereka dan anda akan mendapat komisyen setiap bulan daripada pelanggan berbayar ini.

Bukan itu sahaja, Kiosk Webhosting juga membayar 5% bagi setiap pelanggan baru yang diperkenalkan oleh pelanggan yang diperkenalkan oleh anda sebelum ini. Komisyen 5% ini dibayar sehingga 9 tingkat ke bawah lagi. Jadi, anda akan mendapat komisyen dan pendapatan berterusan daripada usaha anda dan juga ahli kumpulan yang anda bina.

Dari sini juga anda boleh lihat bahawa dengan produk atau perkhidmatan yang sama, pelbagai cara untuk membina pendapatan berterusan di Internet boleh dicipta. Terpulang kepada anda untuk memilih yang mana satu anda suka.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.ZamriNanyan.com, http://www.SuccessUniversity.com.my dan http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

Proses Pemasaran Produk Di Internet

Posted by Zamri Nanyan

Saya ternampak satu soalan di WangCyber yang bertanyakan bagaimana aliran (flow) proses pemasaran produk di Internet. Untuk menjawabnya dengan cara menulis, mungkin agak sukar. Jadi, saya buatkan satu video dan letakkannya di You Tube.

Sekarang anda boleh melihatnya di laman web ini di bawah.