9/10 Rezeki Dalam Perniagaan

Tiada jalan pintas untuk mencapai kekayaan. Namun, apakah cara paling cepat untuk mencapai kekayaan?

Jawapannya amat mudah- perniagaan! Jikalau kita menyemak orang-orang kaya di dunia, hampir semua menjadi kaya melalui perniagaan. Apa yang dikatakan 9 daripada 10 rezeki datangnya daripada perniagaan adalah amat tepat. Seseorang yang bijak dalam pelaburan saham apabila melabur RM5,000 mungkin akan mendapat pulangan 20-30% dari jumlah pelaburan. Namun, seseorang yang bijak dalam perniagaan apabila melaburkan RM5,000 dalam perniagaan sendiri akan mendapat pulangan berpuluh-puluh atau beratus kali ganda dari pelaburan tersebut.

Oleh itu, cara paling cepat untuk mencapai kekayaan adalah melalui perniagaan. Amat sukar bagi mereka yang kerja makan gaji mencapai kekayaan dengan cepat. Walaubagaimana pun, usah risau jikalau anda bekerja makan gaji. Pesan seorang kawan saya, jutawan Cina berbunyi: “Apa yang kita buat dari pukul 9.00-5.00 di pejabat adalah untuk menampung hidup kita… untuk menjadi kaya, ianya adalah apa yang kita buat selepas pukul 5.00 petang”

Terdapat berbagai-bagai cara memulakan perniagaan secara part-time dari membuka gerai dan berniaga kecil-kecilan, melakukan perniagaan di internet, memberi tuisyen kepada pelajar, membuat jualan langsung dan sebagainya. Peluang perniagaan ada di merata-rata tempat. Anda cuma perlu peka dengan permintaan sesuatu produk ataupun perkhidmatan di sekeliling anda.

Walaubagaimanapun, untuk mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan, anda perlu menimba ilmu secukupnya. Anda tidak perlu mencipta cara berniaga baru- apa yang anda perlu lakukan adalah mengikuti jejak langkah mereka yang telah berjaya dalam sesuatu perniagaan tersebut. Dengan mengikuti jejak langkah mereka yang sudah berjaya, anda tidak akan tersasar dari jalan menuju kekayaan!

Salam cemerlang, sehingga berjumpa lagi.


From : http://www.steprofit.com/blog/index.php/category/bisnes

1 comment:

Husin said...

Saya amat bersetuju dengan tuan/puan. 9/10 dari kekayaan dunia datangnya dari perniagaan. Saya seorang Melayu dan telah menghabiskan masa hampir 3 bulan memahami perbezaan antara MLM, Direct Selling, Sistem Piramid, Sistem Binary, Pelaburan dan Skim Cepat Kaya. Setelah memahami semua itu, akhirnya saya terpikat dengan sistem MLM kerana ia berkonsepkan kaedah semua ahli membeli dan menaja iaitu mencari rakaniaga yang berminat buat perkara yg sama sbg kerja part time. Setelah terpikat dengan sistem MLM saya mengambil masa 2 bulan pergi ke kelas-kelas Syarikat Jualan Langsung di Kuala Lumpur untuk memahami sistem mereka. Dari 6 syarikat yg berlainan itu saya tertarik dengan sistem MLM Hai-O Mtg. Ini kerana kita tidak perlu maintain dengan jualan pd bulan-bulan tertentu untuk mengekalkan pangkat kita. Setelah memahami sistem dalam Hai-O saya telah meletakkan fokus iaitu mencari downline ( sponsor ) saya dari golongan yang betul-betul berminat membuat kerja ini sbg part-time. Saya ingin membantu golongan ini agar berjaya dalam hidup mereka menerusi kejayaan dlm Hai-O Mktg. Meskipun golongan ini tiada modal atau mempunyai modal yg sedikit tetapi saya ada satu nasihat berguna untuk golongan ini menambah pendapatan menerusi Hai-O Mktg. Sesiapa yg berminat boleh hubungi saya menerusi sms ditalian 012-3690150 Husin.