3 cara membina pendapatan berterusan

Di dalam ebook Rahsia Perniagaan Digital saya, saya ada menyatakan 3 jenis pendapatan yang anda perolehi di dalam hidup anda dan yang terbaik ialah pendapatan berterusan - iaitu pendapatan pasif di mana walaupun anda berhenti bekerja, anda masih lagi terus mendapat pulangannya yang lumayan.

Bagi sesetengah orang, pendapatan sebegini mungkin cuma jadi angan-angan Mat Jenin sahaja kerana mereka mungkin tidak mengetahui (atau percaya) bahawa ianya benar-benar wujud. Tetapi bagi mereka yang mengetahuinya, mereka akan cuba sedaya upaya mencipta pendapatan berterusan ini kerana mereka tahu yang habuan daripada usaha mereka amat berbaloi.

Walaupun terdapat pelbagai cara mencipta pendapatan berterusan sebegini secara offline, saya cuma akan membincangkan 3 cara anda boleh mencipta pendapatan berterusan sebegini menggunakan Internet.

1. Membina Laman Web Keahlian (Membership Site) Anda Sendiri

Anda boleh membina satu laman web yang menawarkan produk atau perkhidmatan yang membolehkan anda mengenakan bayaran kepada pelanggan anda setiap bulan atau tahun.

Perkhidmatan sebegini belum lagi popular di kalangan usahawan Malaysia yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium untuk menjalankan bisnes sebegini. Mungkin permintaannya belum lagi besar untuk merealisasikannya atau mungkin belum ada lagi usahawan yang berani mencubanya.

Perkhidmatan atau produk yang boleh ditawarkan ialah seperti langganan webhosting, langganan autoresponder, kelab ebook bulanan ataupun perkhidmatan bimbingan (atau coaching).

Bagaimana anda boleh menjana pendapatan yang lumayan daripada laman web keahlian ini?

Katakan anda mengenakan caj bulanan RM50 bagi yuran keahlian. Sekiranya anda berjaya menjual 100 keahlian, ini bermakna anda sudah pun memperolehi RM5000 untuk pendapatan bulanan anda. Perlukan pendapatan yang lebih besar? Dapatkan lebih ramai ahli ke dalam laman web keahlian anda.

Untuk membina laman web keahlian, anda mungkin memerlukan sebuah skrip yang mudah untuk digunakan. Beberapa tahun dahulu, skrip untuk membina laman web keahlian adalah mahal tetapi sekarang ianya boleh didapati dengan murah. Di antaranya ialah skrip keahlian terbaru dari Ian Del Carmen (MemberFire).

2. Mempromosikan Laman Web Keahlian Orang Lain Sebagai Affiliate

Membina laman web keahlian memerlukan usaha yang berterusan daripada anda kerana anda perlu memberikan perkhidmatan berterusan setiap bulan/tahun. Anda boleh mengupah orang lain untuk mengendalikannya untuk anda ataupun anda boleh menggunakan kaedah kedua ini untuk mencipta pendapatan berterusan daripada Internet - mempromosikan laman keahlian orang lain sebagai affiliate.

Kebanyakan laman web keahlian menyediakan program affiliate mereka tersendiri di mana jika anda memasarkan laman web keahlian ini, anda akan diberikan komisyen setiap bulan bagi stiap ahli yang berjaya anda daftarkan.

Sebagai contoh, laman web keahlian Internet Millionaires daripada Gobala Krishnan memberikan komisyen sebanyak 40% bagi caj bulanan keahlian untuk laman web beliau. Bagi setiap ahli berbayar, anda akan memperolehi $5.16 daripada yuran bulanan $12.90 bagi setiap ahli. Jika anda berjaya mendapat 100 ahli berbayar, ini bermakna anda sudahpun memperolehi $516 (Dollar Amerika) setiap bulan.

Dengan cara ini, anda tidak perlu mengendalikan laman web keahlian tersebut dan anda tidak perlu melayan pelbagai kerenah pelanggan. Tetapi anda cuma akan dibayar berdasarkan peratusan komisyen yang ditetapkan dan anda perlu bersaing dengan affiliate lain yang mempromosikan program atau laman web keahlian yang sama.

3. Mempromosikan Laman Web MLM Internet

Kebanyakan daripada usahawan internet masih lagi melihat MLM Internet sebagai sebuah perniagaan multi-level konvensional. Sebenarnya tanggapan sebegini adalah salah.

Saya melihat MLM Internet sebagai salah satu lagi laman web keahlian yang mempu menjana pendapatan berterusan seperti yang dibincangkan di atas. Bahkan, sekiranya dilakukan dengan betul, anda mungkin akan mendapat lebih banyak keuntungan dengan memasarkan program MLM Internet daripada memasarkan laman web keahlian biasa.

Biar saya terangkan di sini.

Saya memberikan perkhidmatan webhosting sebagai satu sumber untuk membina laman web keahlian. Dan, memang ada banyak perkhidmatan webhosting yang menyediakan program affiliate yang mana anda boleh sertai dan jana pendapatan berterusan melaluinya. Ada yang memberikan komisyen setiap bulan dan ada yang membuat bayaran setahun sekali. Sebagai contoh, E-Commerce Mastery memberikan komisyen RM10 bagi setiap pakej Efficient100. Selagi pelanggan yang membeli pakej ini melalui link affiliate saya menggunakan perkhidmatan daripada E-Commerce Mastery, saya akan terus mendapat komisyen.

Pada masa yang sama juga, satu lagi syarikat menyediakan perkhidmatan webhosting dan mereka menggunakan pendekatan yang berlainan untuk mempromosikan perkhidmatan mereka. Kiosk Webhosting akan membayar 25% bagi setiap pelanggan berbayar yang anda perkenalkan kepada mereka dan anda akan mendapat komisyen setiap bulan daripada pelanggan berbayar ini.

Bukan itu sahaja, Kiosk Webhosting juga membayar 5% bagi setiap pelanggan baru yang diperkenalkan oleh pelanggan yang diperkenalkan oleh anda sebelum ini. Komisyen 5% ini dibayar sehingga 9 tingkat ke bawah lagi. Jadi, anda akan mendapat komisyen dan pendapatan berterusan daripada usaha anda dan juga ahli kumpulan yang anda bina.

Dari sini juga anda boleh lihat bahawa dengan produk atau perkhidmatan yang sama, pelbagai cara untuk membina pendapatan berterusan di Internet boleh dicipta. Terpulang kepada anda untuk memilih yang mana satu anda suka.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.ZamriNanyan.com, http://www.SuccessUniversity.com.my dan http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

No comments: