Tahukah anda mengapa ramai orang gagal untuk buat duit di Internet?
1) Salah CaraIni adalah masalah yang paling besar dan utama buat orang kita. Kebanyakan mereka menganggap Skim Cepat Kaya picisan adalah perniagaan Internet. Perniagaan Internet yang sah, adalah sama seperti perniagaan di dunia nyata. Mesti berlaku proses jual beli. Tidak wujud istilah rekrut merekrut, autosurf, baca emel dapat duit dan sebagainya.Ya, mungkin kontroversi, tambahan pula jika anda pernah terlibat dan mendapat beberapa ringgit dari program sebegini.
Namun, untuk menjimatkan masa, apakata anda download laporan khas Team SaifulSham.com bertajuk "Skim Cepat Kaya Internet Di Siasat" secara percuma di:http://www.saudagar.com.my/skimcepatkaya.zip
Baca laporan tersebut dari awal hingga akhir, kerana kami ada terangkan modus operandi program-program seperti ini dan mengapa kami katakan ia berbahaya. Bahkan, seolah-olah kami mempunyai "prophecy", beberapa minggu selepas laporan ini dikeluarkan 2 program cepat kaya gergasi yang menjadi ikutan dan popular di kalangan rakyat Malaysia, tumbang. Jadi elakkan menjadi mangsa, pastikan anda meneliti laporan tersebut.
2) Tiada FokusRamai orang melompat-lompat dari satu model perniagaan ke satu model perniagaan. Setelah mencuba beberapa ketika, "Gagal" isytihar mereka. Jangan jadi seperti mereka."Rome Is Not Built In One Day"Sebenarnya, seperti perniagaan di dunia nyata, perniagaan yang berjaya di Internet juga memerlukan perancangan.
Ia kemudiaanya perlu di follow up dan diperbaiki agar benar-benar ampuh. Tiada benda di dunia ini boleh dapat tanpa usaha. Sebagai ahli kelab Saudagar.com.my, anda bertuah kerana anda dapat meminjam pengetahuan dan pengalaman Team SaifulSham.com dalam memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet anda. Kita akan bercerita panjang lebar mengenai pelan perniagaan Internet yang berjaya dalam emel akan datang.
3) Taksub Dengan Jalan Pintas-Berbelanja BesarSupaya anda tidak tersasar dan jangan kata kami tidak beritahu anda, modal kami memulakan perniagaan Internet hanya RM 500.
Bahkan sebenarnya kami bermula dengan RM 0!
"Eh, apa ni, sekejap RM500 sekejap RM0" (sabar, sabar... jangan gundah)
Jangan salah faham. Kami tidak minta RM 500 dari anda untuk dilaburkan, kami bukan MLM.
Kami beri contoh di atas supaya anda tidak terlaburkan wang anda ke jalan yang salah.Begini, ramai bakal usahawan internet, terutama yang berkemampuan menghabiskan ratusan, bahkan majoritinya ribuan untuk menempah laman web ecommerce dari syarikat-syarikat konsultan edagang. Sebenarnya, jalan ini kurang bijak.Ayah saudara rakan Syazwan (partner saya dalam SaifulSham.com) berbelanja RM 500K untuk memulakan jualan batik online. 3 tahun, baru beliau dapat kembali modal yang dikeluarkan.
Roommart.com.my yang mendapat geran memulakan perniagaan dari MAVCAP mengsasarkan akan kerugian RM100K pada tahun pertama sebelum dapat mencatatkan keuntungan sepenuhnya pada tahun ke-5 (The Star, 2004)Bagi anda yang berjiwa korporat, anda mungkin tidak kisah jadi seperti mereka. Tetapi kepada yang "street smart" seperti kami, kami tidak sanggup.Kami akan ceritakan dan tunjukkan kepada anda bagaimana kami memulakan perniagaan Internet kami serendah mungkin. Janan serahkan your hard earned money easily untuk janji-janji kekayaan segera,Baiklah, kita tidak boleh bersembang panjang sekaligus dalam satu emel.
Cukuplah buat masa ini, jumpa lagi dalam emel seterusnya.
Terima Kasih.
Sabri,
Team SaifulSham.com,
Penulis Buku "Rahsia Buat Duit Dengan Internet"
No comments:
Post a Comment