Salam Hormat,
Baru-baru ini, saya ditemuramah oleh seorang usahawan internet di Malaysia (Biarlah saya rahsiakan nama beliau pada masa ini). Salah satu soalan beliau ialah bagaimanakah anda boleh menggunakan internet untuk memperkembangkan perniagaan MLM anda.
Sebelum itu, biarlah saya katakan yang topik yang saya dan beliau bincangkan ialah spesifik kepada Internet MLM. Walaubagaimanapun ianya masih boleh membantu anda yang menjalankan perniagaan Internet secara konvensional walaupun tidaklah secara menyeluruh.
Baiklah, saya akan huraikan serba sedikit jawapan kepada soalan beliau di sini. Jika ianya mendapat sambutan, saya akan teruskan perbincangan di masa akan datang.
Bagaimanakah Anda Boleh Menggunakan Internet Untuk Memperkembangkan Perniagaan MLM Anda?
Terdapat banyak cara yang anda boleh lakukan untuk mengembangkan perniagaan MLM anda melalui Internet, namun saya dapat simpulkan yang tujuan UTAMA anda menggunakan Internet ialah:
1. Untuk membina persahabatan dengan propek, bakal pelanggan dan juga rakan niaga anda.
Ramai yang terlupa untuk memberi perhatian kepada perkara ini kerana mereka inginkan kejayaan dalam masa yang singkat.
Saya harap, anda tidak begitu.
Gunakan kelemahan ini sebagai kekuatan anda - iaitu dengan menambah lebih ramai kenalan dan mengenali mereka dengan lebih rapat. Pada masa yang sama, biarlah mereka mengenali anda juga.
Mengapa? Ianya lebih mudah berurus niaga dengan orang yang anda kenali daripada orang yang anda tidak kenali langsung.
2. Untuk mencari prospek dengan cara yang lebih mudah dan lebih pantas.
Jika anda ingin perniagaan MLM anda berkembang, anda perlu mencari ramai rakan niaga yang sanggup membina perniagaan ini bersama anda. Masalahnya, terlalu ramai yang ingin melakukannya tetapi kekurangan masa untuk keluar dan bertemu prospek. Bukan setakat itu sahaja, untuk mencari prospek pun susah jika anda terlalu sibuk dan tak dapat keluar dari rumah.
Cara terpantas ialah dengan mencari prospek ini di Internet. Dengan sebuah komputer yang mempunyai talian Internet, anda bakal menemui beribu-ribu prospek yang mungkin akan manyertai perniagaan anda sekarang atau pada masa akan datang.
Jika mereka ingin menyertai anda sekarang, bagus! Jika mereka belum bersedia, teruskan membina ikatan dan persahabatan yang baik antara anda dan bakal rakan niaga anda.
Selebihnya, anda boleh gunakan internet untuk tujuan latihan dan perbincangan ataupun memberikan maklumat berkenaan perniagaan anda. Tetapi, saya memang sarankan anda memberikan keutamaan kepada dua perkara di atas terlebih dahulu, dan biarkan upline dan kumpulan anda melatih kumpulan baru anda.
Diharapkan pengenalan kepada topik ini dapat membuka minda anda untuk mula melihat internet sebagai salah satu alat untuk memperkembangkan perniagaan MLM anda.
Sebarang komen amat dialu-alukan.
ikhlas,
Zamri Nanyan
http://www.RahsiaMLM.com

No comments:
Post a Comment