Kehebatan Produk Digital dan MLM di Internet

Kehebatan Produk Digital dan MLM di Internet
oleh Zamri Nanyan
Sunday 08 Jul 2007

Perniagaan MLM di internet mempunyai pelbagai kelebihan disebabkan terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mencari prospek dan membina jaringan ahli anda sendiri.

Pada masa yang sama, anda juga boleh menjana pendapatan sampingan samaada anda dapat menaja ahli baru ke dalam program MLM anda ataupun tidak.

Mungkin anda keliru.

Bagaimana anda boleh menjana pendapatan sampingan sekiranya anda tidak menjual produk MLM anda atau menaja ahli baru?

Mungkin juga anda mempunyai soalan sebegini - bagaimana saya boleh melakukannya?

Baiklah, saya akan berikan satu cara bagaimana saya melakukannya berserta contoh nyata yang masih saya praktikkan di sini.

Jawapannya ialah dengan menjadikan program MLM anda sebagai saluran pendapatan kedua selepas anda berjaya menjual produk yang bersesuaian kepada pelanggan anda.

Produk yang saya maksudkan ialah produk digital yang mudah dicipta dan juga tidak akan habis dijual walaupun terdapat pembeli setiap hari.

Untuk memudahkan pemahaman anda, saya akan berikan contoh laman web yang saya bina di bawah:

http://www.OnlineProfitsMadeSimple.com

Jika anda lawati laman web tersebut, anda akan dapati yang saya menjual sebuah ebook (produk digital) berkaitan cara menjana pendapatan berterusan melalui internet dan bagaimana anda boleh melakukannya dengan menuruti langkah demi langkah yang ringkas.

Di dalam ebook ini juga, saya memperkenalkan “Kiosk”, sebuah perkhidmatan ‘webhosting’ yang merupakan resepi penting untuk membina laman web profesional, yang saya gunakan di http://www.ZamriNanyan.com

Laman web untuk perkhidmatan ‘webhosting’ ini ialah http://www.wwkiosk.com/members/specialoffer

Yang menariknya, Kiosk juga merupakan sebuah MLM internet di mana saya akan mendapat komisyen sekiranya saya memperkenalkan pelanggan yang baru kepada Kiosk melalui laman web affiliate yang saya berikan di atas.

Jadi, anda boleh lihat di sini bahawa saya akan mendapat wang hasil jualan ebook “Online Profits Made Simple” sebelum saya memperkenalkan MLM internet saya kepada pelanggan saya.

Sekiranya selepas membaca ebook ini dan pelanggan saya mendapati yang kandungannya bermanfaat dan Kiosk boleh membantu mereka untuk menjana pendapatan berterusan di Internet, mereka akan menyertai Kiosk di dalam kumpulan MLM saya.

Jika mereka merasakan yang ianya belum masanya untuk mempraktikkan apa yang saya tulis di dalam ebook “Online Profits Made Simple” saya itu, ianya tidak mengapa kerana saya telahpun memperolehi pendapatan daripada hasil jualan ebook saya tersebut.

Kesimpulannya, menjual produk digital sebelum menaja ahli baru ke dalam MLM internet anda adalah satu cara yang menguntungkan.

Penajaan boleh berlaku secara otomatik dan jika pelanggan nda tidak menyertai program MLM internet anda, anda asih mampu menjana pendapatan melalui jualan produk digital anda.

Oleh itu, fikirkan bagaimana anda boleh aplikasikan lmu yang saya kongsi bersama di sini.

No comments: